Sukan
Sejarah Tenis
Friday, 10 September 2010 22:41
Tenis
Pasukan Tenis SSPB diasaskan pada awal 1998 dengan 8 orang atlet dan dilatih oleh Cik Kamariah binti Mohd Yasin. Pada Ogos 1999 Pasukan ini telah diambil alih oleh Encik Norlan bin Zakaria dengan bilangan atlet seramai 12 orang.
Pada April 2000 , MSN telah menghantar sorang jurulatih dari Russia bagi meningkatkan pencapaian dan prestasi pasukan ini, beliau adalah Encik Ivanov Leonid. Pada 2003, bilangan atlet telah bertambah seramai 16 orang dan segara urusan kejurulatihan diambil alih sepenuhnya oleh Encik Norlan setelah jurulatih luar negara ditamatkan kontraknya.Pada tahun tersebut Muhamad Ashaari bin Zainal Abidin telah menyertai kejohanan Kelayakan Tenis Remaja Piala Davis BNP Paribas 2003 Asia Ocenia di Jakarta, Indonesia.
Muhamad Afiq Adham bin Zainal Abidin pula ke World Junior Tenis Competition 2003 Asia/ Ocenia di Melbourne Australia (16-24 Mei 2003) dan Norhaiezan binti Jainal pula menyertai World Junior Tenis Competition 2003 Asia/ Ocenia. Kini Pasukan ini dilatih pula oleh Cik Khaliza bt Abdul Kadir.
Sejarah Golf
Friday, 10 September 2010 22:41
Golf
Ditubuhkan pada awal tahun 2003 dan di asaskan oleh Tn Haji Ab. Jalal bin Haji Ab. Latif, pengetua kedua SSBP . Pasukan ini telah dilatih oleh Pro Bahari bin Haji Ariffin yang mempunyai kelayakan dan pengiktirafan oleh MPGA dan pasukan ini pernah di bimbing oleh Encik Thakib bin Abdullah (2006) selepas ketiadaan Pro dibantu oleh penyelaras En Zainudin bin Hj Kasman.
Pasukan ini pada awalnya terdiri dari 7 lelaki dan 2 perempuan. Sesi latihan di adakan dua kali setiap hari, pada sesi pagi di SSBP dan sesi petang di Desaru Golf and Country Resort (DGCR).
Sejarah Boling
Friday, 10 September 2010 22:41
Boling Tenpin
Pasukan ini ditubuhkan pada tahun 1999 , sejak dari penubuhan awalnya pasukan ini di latih oleh Encik Abdul Rahman bin Besar.Pada tahun 2007 pasukan ini mendapat seorang lagi jurulatih iaitu Encik Lamjah bin Hj Khalil.
Pasukan yang dibentuk adalah bawah 15 tahun dan 18 tahun lelaki dan perempuanan.Latihan di adakan di Dewan Boling yang terletak bersebelahan dengan Dewan Gimnastik. Sehingga kini pencapaian atlet boling SSBP boleh dibanggakan.
Nama seperti Nordiana Azis, Alif bin Ahmad dan Norsuaida Suaini pernah mewarnai pasukan remaja boling tanahair.
2008 pasukan ini telah menghantar atletnya Fahmi bin Bahri Sulaiman bagi mewakili Malaysia dalam kejohanan Sekolah Asia kali ke 10 di Hongkong.
Sejarah Memanah
Friday, 10 September 2010 22:41
Memanah
Pasukan Memanah SSBP ditubuhkan pada April 2000 dengan bilangan pemanah seramai 12 orang. Di bimbing oleh jurulatih Encik Thakib bin Abdullah dan pada tahun 2003 bertambah seramai 25 orang. 2003, pasukan ini seterusnya mendapat bimbingan dari Jurulatih Cik Lim Geok Phong yang juga bekas pemanah negara yang penuh pengalaman.
Pasukan ini telah mengorak langkah dan terus menyinari sukan memanah tanahair. Antara atlet negara dan pasukan pelapis negara yang telah dilahirkan adalah seperti Wan Khalmizan bin Wan Aziz- Olimpik Bejing 2008, Mohd Iqrak bin Harun, Nordiana Najwa Johari, Suzana Binti Nayan dan ramai lagi.
SejarahJudo
Friday, 10 September 2010 22:41
Judo
Mula diperkenalkan Oktober 2003. Pasukan ini mendapat khidmat juulatih dari Monggolia , Batulga Dashgombo yang dihantar oleh MSN. Encik Iddie Rafizal bin Idris dilantik sebagai Penyelaras sehingga kini.
Tahun 2005, Sukan Sea ke 23 di Manila, Filipina buat julung kalinya 3 orang atlet sukan Judo SSBP telah ditampilkan, mereka adalah Marjan bin Abdullah, Chong Wei Keat dan Noor Maizura bt Zainon. Penyertaan sulung ini telah menyumbangkan 3 pingat gangsa untuk Negara.
Tahun 2006, Pasukan Judo SSBP telah melakar sejarahnya tersendiri dengan merangkul emas pada kejohonan Judo Asia Tenggara yang berlangsung di Phenom Penh, Kemboja. Pada kejohanan ini Noor Maizura Zainon buat pertama kalinya dalam tempoh 31 tahun memecah rekod sejarah negara dengan muncul sebagai peserta negara berjaya menjadi Johan.
Bagi kejohanan seperti SUKMA keupayaan atlet dari SSBP memang tidak dapat disangkal kebanyakan mereka berjaya merangkul emas untuk negeri yang mereka wakili.
Sejarah Terjun
Friday, 10 September 2010 22:41
Terjun
Mula ditubuhkan hasil dari program “Talent Identification” (TID) yang telah dijalankan secara bersama Bahagian Pembangunan Majli Sukan Negara, ISN dan Bahagian Sukan KPM yang dilaksanakan pada bulan Ogos 2002.
Calonnya adalah terdiri daripada pelajar sekolah rendah dari Johor, Perak, Terengganu dan Perlis. Jawatankuasa yang dilantik telah melaksanakan ujian peringkat kedua dan ketiga di SSBP. Satu instrument khas telah digunakan bagi memilih calon yang layak. Seramai tujuh orang atlet lelaki dan empat orang atlet perlampuan telah dipilih dan ditawarkan bersekolah di SSBP mulai 18.9.2000.
Penyelaras sukan Terjun pertama adalah En Saadon bin Saman dan Jurulatih Puan Zhang Xiu Hua (Hebie - China) yang dilantik dan dibekalkan oleh MSN. Seorang pembantu jurulatih Encik Badri Haiari b Bahrom turut dilantik bagi mempelajari cara-cara latihan yang dijalankan oleh jurulatih dari China.
Sukan Tejun telah ditutup sementara berikutan kontrak jurulatih dari China telah ditamatkan. Dua orang atlet telah terpilih menyertai skuad pelapis Negara serta belajar dan berlatih di SSBJ mulai 2003.Sejarah Renang
Friday, 10 September 2010 22:41
Renang
Sukan Renang di SSBP bermula pada tahun1999 dibawah pengurusan dan jurulatih ketika itu Encik Latif bin Ismail dan dua orang jurulatih dari Russia . Dalam era inilah permata dari Sarawak Daniel Bego yang ketika itu Tahun 5 bersama kakaknya Kimberly Yap bersekolah di SSBP dan bakatnya terus digilap oleh jurulatih. Kemudiannya apabila prestasinya semakin meningkat dan menyerlah beliau di tempatkan di SSBJ bagi memperkembangkan potensinya. Hanya jauhari yang mengenal manikam. Kini atlet asuhan SSBP ini sedang berada dikemuncaknya.
Mulai 2003 SSBP telah dibekalkan oleh MSN jurulatih renang dari China iaitu Puan Lui Qing Ru diikuti dengan He Ting Lan dan di selaraskan oleh En Khairuddin bin Saidin. Keupayaan pasukan renang SSBP terus menyerlah dan menjadi sebutan pemerhati sukan renang Negara.More Articles...
Maulidurasul Peringkat Kebangsaan
Pengunjung






![]() | Today | 222 |
![]() | Yesterday | 204 |
![]() | This week | 1497 |
![]() | Last week | 1708 |
![]() | This month | 2293 |
![]() | Last month | 8154 |
![]() | All days | 42280 |
Your IP: 38.107.191.115
,
Today: Sep 10, 2010








