1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer>

Sekolah Sukan Bandar Penawar Dan TNB Kerjasama Dalam Sukan Hoki

PDF Print E-mail


"Kita berkeyakinan dengan kepakaran yang dimiliki oleh TNB untuk membantu kita meningkatkan prestasi pemain hoki SSBP. Ini adalah langkah proaktif kita untuk mencapai prestasi tinggi," katanya kepada Bernama, di sini Selasa.


Beliau berkata kerjasama itu akan melibatkan kira-kira 30 pemain hoki sekolah tersebut.
Pasukan hoki SSBP katanya telahpun mencapai kejayaan di dalam beberapa kejohanan peringkat umur kebangsaan, dan sembilan pemainnya juga mewakili negara di dalam Kejohanan Hoki Remaja Asia di Myanmar tahun lepas.

TNB yang baru sahaja menjuarai kejohanan Liga Hoki Kebangsaan baru-baru ini mempunyai kumpulan pemain-pemain kebangsaan yang ramai untuk membimbing pemain hoki SSBP, kata beliau.

Kerjasama dengan TNB itu juga katanya akan berperanan sebagai serampang dua mata khususnya bagi pelajar prauniversiti yang menuntut di sekolah tersebut bagi menyambung pelajaran mereka di Universiti Tenaga Nasional (Uniten) milik TNB selain didedahkan dengan peluang pekerjaan di syarikat berkenaan.

"Dengan kerjasama itu pelajar-pelajar kita mempunyai hala tuju yang lebih jelas selepas mereka meninggalkan SSBP," katanya.

Katanya, kerjasama SSBP dan TNB itu juga selaras dengan seruan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pelajaran untuk melihat kolaborasi lebih rapat di antara pihak sekolah dengan persatuan sukan dan kelab dalam melahirkan atlet berprestasi tinggi negara.

-- BERNAMA

Maulidurasul Peringkat Kebangsaan

Pengunjung

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday219
mod_vvisit_counterYesterday204
mod_vvisit_counterThis week1494
mod_vvisit_counterLast week1708
mod_vvisit_counterThis month2290
mod_vvisit_counterLast month8154
mod_vvisit_counterAll days42277

Online (20 minutes ago): 5
Your IP: 38.107.191.117
,
Today: Sep 10, 2010