1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer>

Sejarah SSBP

PDF Print E-mail

Sejarah Sekolah Sukan Bandar Penawar

 

SSBP siap dibina pada bulan Disember 1997 dan telah memulakan operasinya pada 18 Januari 1998.  Bilangan staf pada ketika itu hanyalah 20 orang guru dan jurulatih serta 4 orang staf sokongan.  Pada tahun 1998, seramai 143 orang atlet pelajar telah mendaftar.    Bilangan pelajar bertambah dari tahun ke tahun.  Kapasiti maksimum pelajar yang mampu ditampung oleh SSBP adalah 600 orang.  Jenis sukan sukan yang mula diperkenalkan di sini adalah adalah hoki, sepaktakraw, gimnastik, gimrama, renang, terjun, bola sepak dan bowling.

 

Idea penubuhan Sekolah Sukan Malaysia (SSM) adalah hasil dari sesi lawatan Bahagian Sukan, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ke Sekolah Sukan Ecole de Mortagne, Kanada yang mula beroperasi pada tahun 1985.  Sesi lawatan 'benchmarking' itu juga diteruskan ke Sekolah Sukan Raguna, Jakarta, Indonesia mula beroperasi pada tahun 1996.  Lawatan ini bertujuan untuk mengenal pasti konsep dan pelaksanaan sebuah sekolah sukan acuan Malaysia dan mendapat idea sebagai langkah berwawasan jauh bagi membangunkan pelajar yang berpotensi menjadi atlet negara.  Beberapa konsep penubuhan SSM telah dikenal pasti dan menjadi hasrat KPM untuk merealisasikannya.

 

Lima konsep penubuhan SMM telah dikenal pasti iaitu i. Sukan merupakan satu komponen dalam pendidikan di sekolah; ii. Sukan adalah satu saluran yang berkesan untuk menanam dan memupuk persefahaman dan perpaduan di kalangan pelajar-pelajar di negara ini; iii. Sukan penting untuk kesihatan, perkembangan jasmani, rohani, emosi dan fizikal; iv. Sukan merupakan salah satu bidang yang dapat membantu mencapai proses pembangunan negara seterusnya meningkatkan ekonomi negara.  Berlandaskan prinsip dan konsep tersebut, Bahagian Sukan yang kini dikenali sebagai Bahagian Sukan, Seni dan Ko-kurikulum (BSSK) telah menggariskan dasar sukan yang perlu bagi SSM.  Pemilihan pengetua pertama sekolah ini juga dipilih berdasarkan latar belakang sukan dan kewibawaan dalam pentadbiran.  Kesemua pengetua yang dipilih untuk meneraju SSM mempunyai latar belakang sukan, ia seakan menjadi prasyarat pemilihan pengetua di SSM.

 

Program Pra-Universiti telah diperkenalkan pada 2004, dengan printis seramai 21 orang.  Program ini ditawarkan kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bertujuan menyediakan saluran mudah kepada para atlet  menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dengan kerjasama Univerisiti Teknologi Malaysia (UTM).

Maulidurasul Peringkat Kebangsaan

Pengunjung

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday212
mod_vvisit_counterYesterday204
mod_vvisit_counterThis week1487
mod_vvisit_counterLast week1708
mod_vvisit_counterThis month2283
mod_vvisit_counterLast month8154
mod_vvisit_counterAll days42270

Online (20 minutes ago): 9
Your IP: 38.107.191.119
,
Today: Sep 10, 2010