KLINIK LAWN BOWLS MALAYSIA
Written by KHAIRUDDIN SAISI
04 March 2010
Persekutuan Lawn Bowls Malaysia akan mengadakan Klinik Sukan Lawn Bowls bagi pelajar-pelajar sekolah angkat PLBM di seluruh negara bermula di Sekolah Sukan Bandar Penawar pada 7 Mac 2010.
Klinik Sukan Lawn Bowls Sekolah-sekolah Angkat ini akan dikelolakan oleh Persekutuan Lawn Bowls Malaysia dengan kerjasama Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Persatuan Lawn Bowls Negeri.
Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengenalan sukan ini kepada semua Sekolah Angkat PLBM yang terpilih. Seramai 50 orang peserta dari kalangan atlet Sekolah Sukan Bandar Penawar akan mengikuti klinik berkeanaan bersama-sama dengan 10 orang guru.
Semoga dengan terjalinnya hubungan 'Smart-Partnership' ini di antara SSBP dengan Persekutuan Lawn Bowls Malaysia maka kita akan dapat melahirkan bakat-bakat baru dalam sukan berkenaan.
" SELAMAT MAJU JAYA"
" KE ARAH KECEMERLANGAN SUKAN LAWN BOWLS "
Sekolah Sukan Bandar Penawar Dan TNB Kerjasama Dalam Sukan Hoki
Written by Admin
02 March 2010
Pengetuanya Wan Ibrahim Wan Chik berkata perbincangan mengenai kerjasama itu kini pada peringkat akhir setelah cadangannya disambut baik pihak pengurusan syarikat utiliti negara tersebut.
"Kita berkeyakinan dengan kepakaran yang dimiliki oleh TNB untuk membantu kita meningkatkan prestasi pemain hoki SSBP. Ini adalah langkah proaktif kita untuk mencapai prestasi tinggi," katanya kepada Bernama, di sini Selasa.
Liga KPM Bermula
Written by Admin
28 February 2010
Kementerian Pelajaran komited tingkat martabat bola sepak negara
SHAH ALAM: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Kementerian Pelajaran komited dan akan meneruskan usaha bagi meningkatkan mutu bola sepak negara menerusi penganjuran liga bola sepak.
Timbalan Perdana Menteri berkata, bagi memperkukuhkan program sukan bola sepak di sekolah, liga bola sepak Kementerian Pelajaran dianjurkan sejak 2008 lagi.
"Sekolah sudah tentu mempunyai peranan dalam usaha membentuk pasukan bola sepak negara yang pada masa dahulu digeruni di peringkat Asia serta layak bertanding dalam dua Sukan Olimpik iaitu pada 1972 di Munich dan di Sukan Olimpik 1980 di Moscow, Rusia," katanya pada majlis pelancaran dan Sepak Mula Liga Bola Sepak KPM 2010 di Sekolah Kebangsaan Seksyen 9 di sini hari ini.
Kejohanan Balap Speda Bandung, Indonesia
Written by Admin
24 February 2010
SSBP mampu lebih berjaya di Bandung
SSBP telah menghantar pasukan yang diiringi oleh En Othman Rashid yang juga merupakan ketua jurulatih basikal SSBP.Kejohanan tersebut berlangsung dari 10-16 Feb 2010.
Kategori bawah 16 tahun acara kriterium, Mohd Al Azani B. Zainal memperolehi gangsa begitu juga dalam acara lebuhraya. Bagi kategori bawah 18 tahun acara kriterium dan lebuhraya ,Atlet pelajar SSBP berjaya memperolehi tempat kedua (perak), masing-masing diperolehi melalui Mohd Nor Halief B. Mohamad dan Mohd Azmi B. Senan .
Kembalikan kegemilangan Sukan
Written by Admin
22 February 2010
Ahad, 21 Februari 2010
(Sumber : Berita Harian) Oleh Mohd Azis Ngah This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
Kurikulum sekolah dirombak selepas 20 tahun terpinggir
PETALING JAYA: Kementerian Pelajaran akan merombak dan menstruktur semula kurikulum sukan peringkat sekolah rendah dan menengah dalam usaha mengembalikan kegemilangan sukan di negara ini.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata dalam tempoh 20 tahun kebelakangan ini, aktiviti sukan sekolah seolah-olah dipinggirkan, sering terkebelakang berbanding aktiviti lain sekali gus menenggelamkan kegemilangan sukan yang pernah menjadi kebanggaan pelajar.
Berikutan itu, katanya, semua aktiviti dan kalendar sukan peringkat sekolah akan disusun semula supaya lebih teratur dan padat dengan pelbagai program pembangunan peringkat akar umbi.
Katanya, kerajaan kini merangka perancangan khas untuk mengembalikan kegemilangan, keseronokan dan kebanggaan sukan yang dianggap semakin malap dengan menggariskan lima pendekatan baru dalam memajukan sukan.
"Dah hampir 20 tahun, sukan sering menjadi pilihan kedua atau ketiga... apa sebabnya entahlah, tetapi itulah keadaannya hinggakan pada peringkat sekolah, sukan tidak menjadi suatu kebanggaan. Berbanding zaman dulu, sukan dipandang ceria, bangga dan seronok.
"Jadi, saya buat keputusan kembalikan semula sukan dalam sekolah, mesti bermula pada peringkat awal dan semai semangat bersukan," katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Anugerah Persatuan Penulis Sukan Malaysia (SAM) 2009.
OtherMenu
Buku Panduan SSBP
Bola2
User Poll
Maulidurasul Peringkat Kebangsaan
Pengunjung






![]() | Today | 162 |
![]() | Yesterday | 152 |
![]() | This week | 791 |
![]() | Last week | 1409 |
![]() | This month | 1930 |
![]() | Last month | 4930 |
![]() | All days | 10745 |
Your IP: 38.107.191.113
,
Today: Mar 10, 2010
Penghargaan
Just wanted to thank you for the great work. THANKS
Team SSBP
Statistics
PHP : 5.2.11
MySQL : 5.0.85-community
Time : 19:14
Caching : Disabled
GZIP : Disabled
Members : 56
Content : 152
Web Links : 6
Content View Hits : 15765

.jpg)







